Misteri Kematian...5 Kisah Untuk Anda!!!
Kematian Boleh Menjemput kita bila-bila masa dan di mana-mana sahaja...Kita sepatutnya lebih bersedia menghadapi kematian dan bila sampai masanya,kita pasti akan kembali ke Sisi-Nya.....Saya tertarik dengan cara mereka ini mati...Pelik Dan tidak disangka-sangka...
Jom Baca Ya....
1. Meninggal kerana janggut
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang
terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun
1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat
janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya
sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati.
2. Meninggal kerana menendang peti
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha
Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu
peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang
peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan
akhirnya membunuhnya.
3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott
meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan
tentang Adolf Hitler.
4. Meninggal kerana kulit jeruk
Bobby Leach (1858-1926) adalah seorang ahli lagak ngeri.Dia juga orang
kedua di dunia yang berjaya menakluki air terjun Niagara dengan
mengguankan tong barrel.Dia meninggal tahun 1926 kerana tergelincir
akibat terpijak kulit jeruk di tepi jalan,di Selandia Baru.Kakinya patah
dan terjadi infeksi yang parah.
5. Meninggal kerana menahan buang air kecil
Tycho Brahe (1546-1601) adalah seorang ahli astronomi.Pada tahun
1601,beliau sedang menghadiri jamuan makan besar yang sangat lama,di
Praha (sekarang czechoslovakia). Adat pada zaman itu meyakini bahawa
ketika menghadiri jamuan makan,buang air adalah sangat tidak
sopan.Akibatnya beliau terpaksa menahan buang air kecil selama jamuan
itu berlangsung.Kandungan bahan toksik di badannya tidak mampu menahan
sebegitu lama. Akhirnya, beliau meninggal 11 hari kemudian.
Kita Tidak Boleh Mengharapkan Mati Mengejut Sebegini tetapi inilah yang terjadi....Sebenarnya Banyak lagi perkara pelik yang berlaku,ada yang mati ketika main bola,ketika tidur,terkena renjatan elektrik......Pelik Kan?

















