Khasiat Asam Jawa....Petua Untuk Anda!!!
Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar
daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup
keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.
Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip
genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna
coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang
membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 – 5 yang berbentuk pipih
dengan warna coklat agak kehitaman.
Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan
masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya
airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.
Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan
begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.
DEMAM PANAS
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas
ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air.
Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan
selawat .
SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan
disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas
dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang
dewasa.
SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit
asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis.
Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.
BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi
mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa,
dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.
LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di
tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam
secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan
3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian
diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.
BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya.
Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu
dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama
dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut
diatas bahagian anggota yang bengkak.
Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara
sahaja.
Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan
untuk berjumpa dengan doktor.
SELAMAT MENCUBA!

0 comments:
Catat Ulasan